Jumaat, 21 Oktober 2016

Servis buang karbon didalam ekzos motosikal



Sedia maklum yang barang yang dimiliki tidak selamanya akan bertahan lama. Penjagaan serta pemulihan perlu selari agar hati tidak sakit kerana kos yang tinggi serta barangan yang diingini tidak dijual di pasaran. Salah satu sebab kenapa ianya terjadi begitu adalah kerana adanya ‘kuasa viral’ dan dek kerana kebodohan kita yang berada di kelas bawahan yang hanya pandai membeli tapi tidak pandai menyelenggara kenderaan.
Salah satu cara untuk mengatasi perkara seperti yang diatas adalah dengan mempelajari teknik asas pemulihan yang boleh dipelajari samada di Youtube, bertanya pada rakan-rakan serta laman-laman media sosial yang seumpamanya.
Baru-baru ini saya telah mempelajari dan memahami tentang cara untuk membersihkan kotoran didalam liang ekzos. Seringkali juga di sebut sebagai karbon. Ianya terjadi hasil pembakaran gas dan percikan api (spark plug) serta kekotoran hasil yang telah terjadi dari perkara itu. Saya telah membeli asid hidroklorik atau pun seringkali di sebut oleh kebanyakan orang lama sebagaicecair pencuci lantai/mozek. Harga nya dipasaran tak cecah RM5/botol pun tetapi disesetengah tempat masih berada pada sekitar harga RM1.45 ke RM2. Rajin bertanya dan mencari disesuatu tempat InSyaAllah dapatlah harga murah.

Cecair pencuci lantai/mozek berserta glove.

Sebotol memang tak cukup! Sekurang-kurangnya 2 botol, itu pun perlu dicampur air agar ianya penuh didalam ruangan ekzos.
Perlu diingatkan juga yang chemical tersebut adalah dari jenis menghakis jika terkena tubuh serta baunya yangtengit . Tapi kalau terkena sikit pada tangan pun takdehal, cuma gatal-gatal je sebab chemical ni jenis yang rendah peratusannya yang boleh mengakibatkan cacat

Simbol: Menghakis.
Segala sekitaran lubang ekzos perlu ditutup agar bahan yang hendak dituang itu tidak melimpah seperti gambaran di bawah.

Disealkan dgn pelekat periuk aluminium untuk sementara waktu





Diletakkan mendatar agar cecair kimia tidak tertumpah dan ditutupi plastik di kesemua lubang.