Ahad, 16 Oktober 2016

SINGER Portable Air-conditioner model AC2122

Penyaman udara (Air-Conditioner) mudah-alih jenis SINGER model AC2122.

Alhamdulillah! Setelah seminggu memohon alat penyaman udara, akhirnya hajatku termakbul. Setelah berpenat lelah ke sana ke mari mendapatkan loan dan telah ditolak beberapa kali (termasuk permohonan 4 tahun lepas). Kali ini telah lulus (bukan ÆON Credit).
Aku telah pergi ke SenHeng Electrical untuk membeli penyaman udara jenis MEC IPort dan memohon pinjam wang daripada ÆON Credit tetapi permohonan telah ditolak. Semenjak dari tahun 2011 hingga ke tahun 2014, permohonan pinjaman aku telah ditolak sebanyak lebih kurang 4 kali bersama ÆON Credit. Akhirnya pada hari Isnin, 14 Julai 2014 bersamaan 16 Ramadhan 1435H, aku telah dapat seunit alat penghawa dingin mudah-alih jenis tetapi bukan model MEC IPort G91200, tapi jenisSINGER model AC2122. Itupun dengan membayar sejumlah wang muka (down payment) sebanyak RM360. Harga sebenar alat penghawa dingin itu jika dikira dengan bayaran tunai adalah berharga RM1690. Jenis penghawa dingin itu adalah jenis AC 2122 buatan syarikat SINGER tanpa melibatkan khidmat kewangan dari syarikat ÆON Credit. Berterima kasih sesangat kepada SINGER, kerana tanpanya mungkin sekarang aku masih kepanasan di dalam rumah. Semua orang memang sudah maklum bagaimana cuaca di utaraSemenanjung Malaysia. Tambahan pula dengan El-Ninonya. Aku telah membuat janji pembayaran ansuran selama 18 bulan, yakni RM129/bulan.
Memakai peralatan sebegitu memerlukan ruang yang terhad untuk merasai nikmatnya. Pada terbitan yang lalu, aku telah berkongsikan cerita mengenai cara membuat penutupan ruang kawasan di bilik aku untuk tujuan memasukkan alatan penghawa dingin. Modifikasi terhadap bilik. Di bawah adalah imej portable SINGER AC2122 itu.
Jenama SINGER model AC2122 portable air-cond.
A) Kotak AC2122

B) Kotak AC2122


Ps: Biar tak berjenama, yang penting nyaman!😉