Khamis, 2 Jun 2016

Pemasangan klac tangan manual Honda Wave 110.

Assalamualaikum..

Disini

Sahaja nak berkongsi cerita mengenai pemasangan klac tangan yang aku buat pada motosikal Honda Wave R 110 kesayangan ini.

Persediaan!
Set klac manual untuk Honda Wave 110.


Proses menentu-ukur!
"Mencari ruang yang sesuai."

"Tak sangkut ke dengan wayar tu?"



"Nak kena potong ni!"

Segala alatan (machine) yang akan digunakan difikir, dikaji terlebih dahulu sebelum proses modified. Apa yang difikirkan perlu sebelum buat. Paham-paham jelah kan, aku ni bekerja. Motor pula sebiji ni je. Kurang mampu nak meminjam motor jiran, motor mak. Motor pun buat sembunyi-sembunyi. Misalnya pukul 11.00 pagi open coverset, pukul 5.00 petang dah nak kena pasang semula nak taknak pun. Itu kalau kerja shif malam...
Okey! Malas nak cerita panjang aku kongsikan je gambar hari pertama. Ini je yang mampu. Buat sendiri boleh relaxing sikit. Ye dak?

Selfie.
Tapak choke dipotong sedikit..
Ini bahagian yang perlu dipotong dan diperhalusi. Semua yang aku buat ni takde arahan dari sesiapa, mahupun idea. Segalanya Allah yang punya. Cewah! Macam lagu Iwan Syahman - Semuanya Allah yang punya.

"Dengan menggunakan micro air die grinder."
"Mesin-mesin yang digunakan.
Mesin-mesin yang banyak membantu. Tanpa depa siapalah aku ni."

Berkemas-kemas simpan jam 5.00 petang. Hari ini kerja shif malam. Esok, 17 Mei 2016 hari Selasa kita sambung lagi. InsyaAllah jika tiada apa yang menghalang minatku ini

Selasa 17 Mei 2016.
Bangun pagi jam 6.45 ingatkan orang bekerja hari ini, rupanya tidak. Cuti bersempena Hari Guru eh? Okey! Hari ini aku start grinded jam 1.00 tengahari. Macam nak taknak je buat, sakit badan! Perasaan sangsi pun ada sebab hari tu getah sambungan ni pernah putus. Tak tahan menampung angin kompressor agaknya. Disamping material getah paip yang jenis murah. Pernah putus di masa high-RPM.
*warna merah & hitam berbelang tu* Pernah putus!
                        
Nak buka high RPM pun teragak-agak khuatir jadi lagi. Bukannya tak boleh baiki, cuma leceh.

"Waktu memotong bracket side-mirror pula."
"Hampir berjaya memotong tapak side-mirror."

"Choke bracket done!"

Sedang melayan memotong, tetiba disc cutter pula kena tukar. Yg bawah yg lama.

Diatas adalah kerja bagi hari ke-3. Berjaya dicantumkan semula selepas siap install bracket clutch. Antar kedai Apek suruh dia paterikan. Kena RM4 Ringgit je pun.

Retak.
Dah siap pateri tu, sekarang waktu memasang cover lak. Tapi, retak! 😣

Silicon glue gun.

Nasib baik ada simpan benda ni 😥. Tampalkan aje! Spareparts covernya ada, cuma tak ada masa nak membuka-buka ni. Nak kena buka throttle cable lah apa semua, leceh!  Coverset headlamp depan belum ditebuk lagi. Nak masukkan benda alah di bawah ni. Apa nama tah? 
K! Nanti sambung lagi!

Masih dara.

"Tapak clutch dah install!"

"Standby!"

"Yang ni takyah permanent installed"

"Test serlum sementara! (Loghat Utara utk. Pakai)"
Pasang coverset head-lamp dan..
Tebuk
Pasang buka, pasang buka..
"Cuba kelebaran/keluasan pedal clutch. Dah kira okey dah ni."

Dari pandangan atas.
"Siap!"
Siap tebuk, pasang pedal clutch, coverset yang paling penting safety. Side-mirror, wajib pasang. Haha!

"Cover clutch belum pasang. Cukup bulan baru bikin."

Kahkahkah! Klac tangan dah pasang, cover clutch belum lagi. Saja cari pasal buat bergelak dengan kengkawan.
Sekian untuk tajuk Klac Tangan Manual. Jika ada masa lapang kita sambung bab lain pula. ✌

Segala ketersilapan bahasaan dan keterlanjuran ayat harap dimaafkan, jika ada. Wassalam!