Jumaat, 21 Oktober 2016

Servis buang karbon didalam ekzos motosikal



Sedia maklum yang barang yang dimiliki tidak selamanya akan bertahan lama. Penjagaan serta pemulihan perlu selari agar hati tidak sakit kerana kos yang tinggi serta barangan yang diingini tidak dijual di pasaran. Salah satu sebab kenapa ianya terjadi begitu adalah kerana adanya ‘kuasa viral’ dan dek kerana kebodohan kita yang berada di kelas bawahan yang hanya pandai membeli tapi tidak pandai menyelenggara kenderaan.
Salah satu cara untuk mengatasi perkara seperti yang diatas adalah dengan mempelajari teknik asas pemulihan yang boleh dipelajari samada di Youtube, bertanya pada rakan-rakan serta laman-laman media sosial yang seumpamanya.
Baru-baru ini saya telah mempelajari dan memahami tentang cara untuk membersihkan kotoran didalam liang ekzos. Seringkali juga di sebut sebagai karbon. Ianya terjadi hasil pembakaran gas dan percikan api (spark plug) serta kekotoran hasil yang telah terjadi dari perkara itu. Saya telah membeli asid hidroklorik atau pun seringkali di sebut oleh kebanyakan orang lama sebagaicecair pencuci lantai/mozek. Harga nya dipasaran tak cecah RM5/botol pun tetapi disesetengah tempat masih berada pada sekitar harga RM1.45 ke RM2. Rajin bertanya dan mencari disesuatu tempat InSyaAllah dapatlah harga murah.

Cecair pencuci lantai/mozek berserta glove.

Sebotol memang tak cukup! Sekurang-kurangnya 2 botol, itu pun perlu dicampur air agar ianya penuh didalam ruangan ekzos.
Perlu diingatkan juga yang chemical tersebut adalah dari jenis menghakis jika terkena tubuh serta baunya yangtengit . Tapi kalau terkena sikit pada tangan pun takdehal, cuma gatal-gatal je sebab chemical ni jenis yang rendah peratusannya yang boleh mengakibatkan cacat

Simbol: Menghakis.
Segala sekitaran lubang ekzos perlu ditutup agar bahan yang hendak dituang itu tidak melimpah seperti gambaran di bawah.

Disealkan dgn pelekat periuk aluminium untuk sementara waktu





Diletakkan mendatar agar cecair kimia tidak tertumpah dan ditutupi plastik di kesemua lubang.



Ahad, 16 Oktober 2016

SINGER Portable Air-conditioner model AC2122

Penyaman udara (Air-Conditioner) mudah-alih jenis SINGER model AC2122.

Alhamdulillah! Setelah seminggu memohon alat penyaman udara, akhirnya hajatku termakbul. Setelah berpenat lelah ke sana ke mari mendapatkan loan dan telah ditolak beberapa kali (termasuk permohonan 4 tahun lepas). Kali ini telah lulus (bukan ÆON Credit).
Aku telah pergi ke SenHeng Electrical untuk membeli penyaman udara jenis MEC IPort dan memohon pinjam wang daripada ÆON Credit tetapi permohonan telah ditolak. Semenjak dari tahun 2011 hingga ke tahun 2014, permohonan pinjaman aku telah ditolak sebanyak lebih kurang 4 kali bersama ÆON Credit. Akhirnya pada hari Isnin, 14 Julai 2014 bersamaan 16 Ramadhan 1435H, aku telah dapat seunit alat penghawa dingin mudah-alih jenis tetapi bukan model MEC IPort G91200, tapi jenisSINGER model AC2122. Itupun dengan membayar sejumlah wang muka (down payment) sebanyak RM360. Harga sebenar alat penghawa dingin itu jika dikira dengan bayaran tunai adalah berharga RM1690. Jenis penghawa dingin itu adalah jenis AC 2122 buatan syarikat SINGER tanpa melibatkan khidmat kewangan dari syarikat ÆON Credit. Berterima kasih sesangat kepada SINGER, kerana tanpanya mungkin sekarang aku masih kepanasan di dalam rumah. Semua orang memang sudah maklum bagaimana cuaca di utaraSemenanjung Malaysia. Tambahan pula dengan El-Ninonya. Aku telah membuat janji pembayaran ansuran selama 18 bulan, yakni RM129/bulan.
Memakai peralatan sebegitu memerlukan ruang yang terhad untuk merasai nikmatnya. Pada terbitan yang lalu, aku telah berkongsikan cerita mengenai cara membuat penutupan ruang kawasan di bilik aku untuk tujuan memasukkan alatan penghawa dingin. Modifikasi terhadap bilik. Di bawah adalah imej portable SINGER AC2122 itu.
Jenama SINGER model AC2122 portable air-cond.
A) Kotak AC2122

B) Kotak AC2122


Ps: Biar tak berjenama, yang penting nyaman!😉

Palam Pencucuh Motosikal



Warna palam pencucuh berdasarkan kondisi.
Warna palam pencucuh mengikut kondisi

– Kotak angin dipasang tanpa penapis
– Gasket tebal berlapis
– Bunyi sedikit ketukan valve
– Jetting MJ – 100, PJ 30, needle paras tengah
– Clutch tak grip
– autoclutch knocking
– ekzos standard
– cdi standard, koil api
_______________________________________________

PLUG TENGAH PUTIH SEDIKIT BERKARBON, TEPI HITAM
Berwarna begini apabila menggunakan Main jet 85. Pilot jet 27.5
– Set angin cukup cukup. Tiada semput di rpm tinggi atau rendah
– kotak angin tak buka
– ekzos standard
– tiada bunyi knocking di auto shoes
– berhenti di traffic light mati

Pasang Siling Gantung

«@.»%~%«@.» Assalamualaikum! «@.»%~%«@.»
Setelah membuat Penutupan Ruang Udara untuk memasang Penyaman Udara Didalam Bilik, kali ini saya kongsikan gambaran terakhir selepas ‘Penutupan Ruang Udara’ dan juga ‘Penyaman Udara’ iaitu “Siling Gantung”.

Berikut adalah gambaran SEBELUM Siling Gantung dipasang, dibawah.                                    
Sebelum pemasangan.
                         
Dibawah ini pula gambaran setelah pemasangan siling gantung dibuat.
Siling gantung 1

Siling gantung 2

Siling gantung 3

Siling gantung 4

Siling gantung 5

Siling gantung 6

Sekian, tamatlah sudah urusan ‘Hiasan & Pengubahsuaian’ bilik.
Barang baru. Berbau wangi satu bilik 😆
P/s: kos dibawah RM400

Sabtu, 8 Oktober 2016

Projek Lencongan Banjir Kaki Bukit ke Kuala Perlis

PEMANDANGAN DI PERSEKITARAN KAWASAN PROJEK DI KAWASAN BINTONG, KANGAR, PERLIS.

Kawasan yang ditanda adalah seperti dibawah.

Gambar 1: Gambar yang ditanda merah adalah kawasan seperti gambar di bawah






Dan, gambaran satelit dari kawasan Timah Tasoh ke Kuala Perlis menerusi Google Maps seperti yang dibawah.



Gambar dibawah bergaris kuning adalah aliran terusan Timah Tasoh yang menghala ke tepi pantai Kuala Perlis.


Ahad, 31 Julai 2016

Takometer KOSO (RPM gauge) black

KOSO Revolutions Per Minute Gauge





Harga Kedai: RM185.
Harga yang ditawarkan : RM125.
Warna : Hitam.
Meter : 15,000 (Revolutions Per Minute)

Dimensi
 Disertakan didalam bungkusan :
  • Wayar pintasan 2 hala (a) koil plug                                                     (b) wayar positif                                                   'sambungan' ke                                               koil plug.
  • Tapak untuk 'menyangkut' takometer × 2.
  • Nat pengunci tapak kaki dua × 2.
  • Skru x1.
  • Yang lagi 1 aku tak tahu pebenda. 😷
  • Manual cara pemasangan x 1 sekeping.
  • Stiker koso x 2 keping.
  • 1 x KOSO RPM gauge.

TUJUANNYA:
  • Menggunakan sumber elektrik dari bateri , koil api mahupun CDI dan 'menafsirkan' putaran enjin yang mampu dicapai (per minit) dalam bentuk gauge meter.

Khamis, 2 Jun 2016

Pemasangan klac tangan manual Honda Wave 110.

Assalamualaikum..

Disini

Sahaja nak berkongsi cerita mengenai pemasangan klac tangan yang aku buat pada motosikal Honda Wave R 110 kesayangan ini.

Persediaan!
Set klac manual untuk Honda Wave 110.


Proses menentu-ukur!
"Mencari ruang yang sesuai."

"Tak sangkut ke dengan wayar tu?"



"Nak kena potong ni!"

Segala alatan (machine) yang akan digunakan difikir, dikaji terlebih dahulu sebelum proses modified. Apa yang difikirkan perlu sebelum buat. Paham-paham jelah kan, aku ni bekerja. Motor pula sebiji ni je. Kurang mampu nak meminjam motor jiran, motor mak. Motor pun buat sembunyi-sembunyi. Misalnya pukul 11.00 pagi open coverset, pukul 5.00 petang dah nak kena pasang semula nak taknak pun. Itu kalau kerja shif malam...
Okey! Malas nak cerita panjang aku kongsikan je gambar hari pertama. Ini je yang mampu. Buat sendiri boleh relaxing sikit. Ye dak?

Selfie.
Tapak choke dipotong sedikit..
Ini bahagian yang perlu dipotong dan diperhalusi. Semua yang aku buat ni takde arahan dari sesiapa, mahupun idea. Segalanya Allah yang punya. Cewah! Macam lagu Iwan Syahman - Semuanya Allah yang punya.

"Dengan menggunakan micro air die grinder."
"Mesin-mesin yang digunakan.
Mesin-mesin yang banyak membantu. Tanpa depa siapalah aku ni."

Berkemas-kemas simpan jam 5.00 petang. Hari ini kerja shif malam. Esok, 17 Mei 2016 hari Selasa kita sambung lagi. InsyaAllah jika tiada apa yang menghalang minatku ini

Selasa 17 Mei 2016.
Bangun pagi jam 6.45 ingatkan orang bekerja hari ini, rupanya tidak. Cuti bersempena Hari Guru eh? Okey! Hari ini aku start grinded jam 1.00 tengahari. Macam nak taknak je buat, sakit badan! Perasaan sangsi pun ada sebab hari tu getah sambungan ni pernah putus. Tak tahan menampung angin kompressor agaknya. Disamping material getah paip yang jenis murah. Pernah putus di masa high-RPM.
*warna merah & hitam berbelang tu* Pernah putus!
                        
Nak buka high RPM pun teragak-agak khuatir jadi lagi. Bukannya tak boleh baiki, cuma leceh.

"Waktu memotong bracket side-mirror pula."
"Hampir berjaya memotong tapak side-mirror."

"Choke bracket done!"

Sedang melayan memotong, tetiba disc cutter pula kena tukar. Yg bawah yg lama.

Diatas adalah kerja bagi hari ke-3. Berjaya dicantumkan semula selepas siap install bracket clutch. Antar kedai Apek suruh dia paterikan. Kena RM4 Ringgit je pun.

Retak.
Dah siap pateri tu, sekarang waktu memasang cover lak. Tapi, retak! 😣

Silicon glue gun.

Nasib baik ada simpan benda ni 😥. Tampalkan aje! Spareparts covernya ada, cuma tak ada masa nak membuka-buka ni. Nak kena buka throttle cable lah apa semua, leceh!  Coverset headlamp depan belum ditebuk lagi. Nak masukkan benda alah di bawah ni. Apa nama tah? 
K! Nanti sambung lagi!

Masih dara.

"Tapak clutch dah install!"

"Standby!"

"Yang ni takyah permanent installed"

"Test serlum sementara! (Loghat Utara utk. Pakai)"
Pasang coverset head-lamp dan..
Tebuk
Pasang buka, pasang buka..
"Cuba kelebaran/keluasan pedal clutch. Dah kira okey dah ni."

Dari pandangan atas.
"Siap!"
Siap tebuk, pasang pedal clutch, coverset yang paling penting safety. Side-mirror, wajib pasang. Haha!

"Cover clutch belum pasang. Cukup bulan baru bikin."

Kahkahkah! Klac tangan dah pasang, cover clutch belum lagi. Saja cari pasal buat bergelak dengan kengkawan.
Sekian untuk tajuk Klac Tangan Manual. Jika ada masa lapang kita sambung bab lain pula. ✌

Segala ketersilapan bahasaan dan keterlanjuran ayat harap dimaafkan, jika ada. Wassalam!